Wednesday 25 June 2008

Teringat-ingat


Semasa dok lepak-lepak kat depan komputer ni, terbukak la folder gambar semasa kat sekolah.
Sekolah yang mula-mula di postkan, Sk Tenaga Sepakat, yong Peng.
Dok bukak-bukak, belek-belek gambar, tangan mula ligat photo edit. Kalau boleh semua gambar nak dimasukkan tapi apakan daya tak banyak yang dapat dimasukkan.
Dalam dok buat tu teringat jugak pelbagai pengalaman pahit manis kat sekolah ni yang telah ditelan....
juga cikgu-cikgunya yang tabah sangat mendidik anak-anak kampung yang miskin. Begitu juga cikgu-cikgu yang banyak gigih menghadapi masalah sekeliling dan juga masalah sendiri.
Didoakan agar cikgu-cikgu tabahkan hati, kuatkan iman dan iltizam dalam menempuh hari mendatang...
Doakan keselamatan kami dan permudahkan segala urusan kami di sini.
Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya bekas pelajar SKTS dan sekarang bapa kepada anak di sekolah yang sama. Ikhlas akui, guru-gurunya penuh berdedikasi. Dalam gambar tu, ada Cikgu Khairul. Dia baru saje meninggalkan dunia ini dengan amannya. Sama-samalah kita Alfatihah untuknya...semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.Amin...

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

Terima kasih kerana melayari blog saya. Hari Cikgu Khairul meninggal tu, Cikgu Adnan ada bagitau saya tapi tak sempat nak contack pagi tu kerana kat sini dah tengah malam, jadi dah tido dah masa tu...
Sama-sam kita doakan agar Allah menerima amalannya di dunia dan memasukkannya dalam golongan orang yang beriman.