Monday 30 June 2008

Setahun sudah kami di bumi UK

Hari ini 30 Jun 2008, genaplah setahun kami di UK. Terlalu banyak pengalaman suka duka pahit manis sepanjang di sini. Mengimbau kembali setahun yang lepas:

29 Jun 2007
Hari terakhir berada di Taman Wira, Parit Raja. Kenangan bersama-sama jiran2 (GENG SEMBANG - Kak Ida, Kak Niza, Kak Nor, Makcik Piah) dan kawan2 mengeteh suami (Naim, Aman etc), jiran tetangga Jalan WIRA 2.
Kami bertolak balik ke rumah abang Midi di Rawang pada sebelah malamnya setelah selesai semua urusan terutamanya 'CLEAR' kan rumah.

30 Jun 2007
Sebelah petangnya kami bertolak ke KLIA. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir (Mak+Abah, Mak Pahang, adik-beradik, anak2 sedara, sepupu2).
Kami berangkat ke balai berlepas pkl 11 malam...berlepas pd 11.55 malam
Perjalanan mengambil masa 13 jam, alhamdulillah selamat mendarat pada pkl 6.30 pagi waktu tempatan di Amsterdam Airport Schiphol. Transit mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan KLM Royal Dutch Airlines, kami terbang lagi sekali. Perjalanan mengambil masa 50 minit dan kami sampai di Leeds/Bardford Airport pada pukul 9.30 waktu tempatan (Amsterdam dan UK beza masa 1 jam; UK lewat 1 jam). Kami dijemput oleh Abang Zam (suami Kak Wati).
Kami menginap di rumah Kak Wati 9 hari...dpd 1 Jul hingga 9 Jul 2007.

Minggu Pertama Julai 2007
Dengan bantuan Kak Wati melalui Kak Salina kami menyewa di 34 Lascelles East Road, LS8 5PY. Dlm minggu ini jugak kami beli kereta Rover 214...warna biru. banyak kenangan dgn kereta Rover ni...dah pegi ke Sheffield, Sunderland (kilang Pyrex) and New Castle. Dengan kereta ini jugalah saya berulang alik ke Uni dr rumah setiap hari...

5 Julai 2007
Kali pertama kami (saya, shukri & afiq) menjejakkan kaki di University of Leeds. Dengan tunjukajar abang Zam, kami gamble menaiki bas mencari di mana letaknya School of Civil Engineering, Faculty of Engineering, University of Leeds.
Membuat urusan pendaftaran terus pada hari tersebut.

6 Julai 2007
Perasaan berdebar datang dan pergi..awal2 pagi dah keluar dengan menaiki bas menuju ke Universiti of Leeds memandangkan hari ini ada temujanji dengan supersivor saya iaitu Prof David Duncan Mara. Alhamdulillah, seperti yang diduga beliau adalah seorang Professor yang terlalu baik...bersifat kebapaan (umurnya pun dah 64). Dia memberi tunjukajar dr semua segi (selok belok sebagai student di UK). Sekali imbas macam Mentor saya di UTHM (PM Hj Rashid). Umur pun sebaya (Prof Mara & Hj Rashid). Kedua2 Professor ini terlalu baik bagi diri saya. Semoga perjalanan PhD kami sekeluarga akan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan!!


Wednesday 25 June 2008

Teringat-ingat


Semasa dok lepak-lepak kat depan komputer ni, terbukak la folder gambar semasa kat sekolah.
Sekolah yang mula-mula di postkan, Sk Tenaga Sepakat, yong Peng.
Dok bukak-bukak, belek-belek gambar, tangan mula ligat photo edit. Kalau boleh semua gambar nak dimasukkan tapi apakan daya tak banyak yang dapat dimasukkan.
Dalam dok buat tu teringat jugak pelbagai pengalaman pahit manis kat sekolah ni yang telah ditelan....
juga cikgu-cikgunya yang tabah sangat mendidik anak-anak kampung yang miskin. Begitu juga cikgu-cikgu yang banyak gigih menghadapi masalah sekeliling dan juga masalah sendiri.
Didoakan agar cikgu-cikgu tabahkan hati, kuatkan iman dan iltizam dalam menempuh hari mendatang...
Doakan keselamatan kami dan permudahkan segala urusan kami di sini.
Wassalam

Wednesday 18 June 2008

UK Carboot Sale





Bagi warga UK, carboot sale sudah sinonim dalam aktiviti mingguan, malah ramai yang meletakkannya sebagaii takwim pada summer seperti sekarang ini.
Bagi yang tidak pernah mengunjungi UK, carboot sale mungkin suatu yang janggal dan mungkin pernah didengari tapi tidak pernah melihatnya apatah lagi mengunjunginya.

Di UK, terdapat beberapa tujuan diadakan car boot sale ini (hasil daripada pemerhatian) antaranya adalah:
1. Mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan dari rumah (samada barang baru @ lama)
dan ruang yang dikosongkan dirumah akan digantikan dengan barangan lain.

2. mendapatkan sedikit pulangan daripada jualan barang rumah tersebut walaupun tidak seberapa.

3. Santai pada summer. Umum mengetahui bahawa orang-orang Eropah suka berjemur ketika summer. Dikesempatan ini mereka lepak sambil menjual barangan mereka.

Barang-barang yang terdapat di carboot adalah pelbagai dan tidak menentu, maklumlah barang rumah terpakai. Antara barangan yang polupar adalah pakaian (jaket, bayi n kanak-kanak), collectable, toys dan juga pinggan mangkuk (Royal Dolton , Royal Albert dll royal)
Dari segi harga pula, memang terlalu murah jika dibandingkan dengan barangan baru dan juga di dalam ebay. Malah, jika kena pada keadaan kita boleh bargain atau dapat free aje..

Dalam pemilihan carboot pula, bolehlah dikategorikan kepada dua yang utama iaitu carboot orang sederhana dan juga carboot orang kaya. Bagi carboot orang sederhana, barang yang dijual biasanya jenis barangan sama tetapi jenama biasa dan barangan collectable pun kurang menarik. Manakala bagi carboot orang kaya pula, barangannya adalah berjenama dan barangan collectable pula menarik. Harga pula tidak menentu.

Biasanya jika dah pergi ke carboot ni, macam-macam barangan yang hendak dibeli...kelabu mata, cuma nak kene beringat. Tanpa disedari, habis sepoket duit...

Apa-apa hal carboot memang best, dan kesempatan ini digunakan oleh rata-rata rakyat Malaysia di UK ini untuk mengumpulkan barangan untuk dibawa balik ke Malaysia samada untuk barangan sendiri, saudara mara rakan taulan dan juga untuk digunakan semasa di UK ini.

Friday 13 June 2008

Family Day Warga Malaysia Leeds


Program rutin yang hanya diadakan setahun sekali di Leeds ini. 'Family Day'
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan family-family dan yang bujang yang baru sampai ke Leeds dengan warga Malaysia di Leeds ini disamping merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga Malaysia di sini...

Program ini diadakan di Yorkshire Dale iaitu Bolton Abbey, pada Sabtu 7/6/2008.
Ramai jugak yang hadir pada family day tersebut iaitu kira-kira 200 orang.

Pelbagai acara sukaneka yang telah dijalankan diantaranya mengumpul gula-gula, lari ikat kaki, golf telur, trasure hunt dan juga sepak raga bulatan.

Dari segi menu makanan pula, main menu adalah bbq, nasi biryani, mee, kuih-muih dan juga buah-buahan. pendek kata penuh meja dengan segala jenis makanan.

Tidak lupa juga diadakan cabutan bertuah untuk mereka-mereka yang bertuah....

Majlis yang dimulakan dalam pukul 9.00 pagi itu berakhir pada pukul 6.00 petang dengan setiap keluarga pulang dengan agenda masing-masing.
Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan pada tahun-tahun seterusnya.