Friday 27 February 2009

Kumpulan guru selami kesukaran rakan sekerja



ROMBONGAN guru terpaksa meredah lereng bukit melalui trek lori balak untuk ke Sekolah Kebangsaan Balar, kira-kira 100 kilometer dari Gua Musang, kelmarin.GUA MUSANG 6 Feb. - Seramai 20 warga pendidik semalam dibawa oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan bagi merasai dan menyelami sendiri pengalaman rakan-rakan sejawat mereka yang bertugas di sebuah sekolah yang lokasinya paling jauh di pendalaman di negeri ini.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Rombongan guru yang diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan, Zahari Daud itu terpaksa meredah hutan dan lereng bukit melalui trek lori balak yang becak dan lompang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam.

Mereka yang menaiki enam buah kenderaan pacuan empat roda turut meredah empat batang sungai sebelum sampai ke sekolah yang menempatkan murid-murid anak Orang Asli itu kira-kira pukul 4 petang.

Perjalanan yang berhadapan dengan keadaan sukar itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan 16 guru yang bertugas di SK Balar.

Guru-guru terbabit hanya keluar sekali setiap tiga minggu ke bandar Gua Musang dengan menumpang pacuan empat roda syarikat pembalakan atau menggunakan motosikal untuk membeli bekalan.

Kunjungan rombongan itu adalah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Turut sama dalam rombongan itu ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Norhashimah Abdul Rashid dan Guru Besar SK Bechah Laut, Zainun Hamzah yang turut menyampaikan ceramah motivasi kepada guru-guru terbabit.

Berucap pada majlis di sekolah itu, Zahari berkata, terdapat lebih 3,000 anak Orang Asli yang belajar di 12 buah sekolah di pedalaman Kelantan termasuk sebuah di jajahan Jeli.

Katanya, di pedalaman sebilangan guru seperti di SK Balar menerima elaun kesukaran RM1,000 sebulan dan ini diharap dapat merangsang mereka lebih gigih dan bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurut beliau, murid-murid di 12 buah sekolah itu dibimbing oleh kira-kira 300 guru termasuk yang baru ditawarkan mengajar sekolah-sekolah terlibat pada Januari lalu.

''Harapan JPN supaya mereka dapat berkhidmat dengan sepenuh hati bagi meningkatkan prestasi akademik terutamanya dalam UPSR 2009," ujarnya.

Katanya lagi, ia boleh dilakukan sebagaimana UPSR 2008, apabila buat pertama kalinya lima murid SK Balar mendapat sekurang-kurangnya 2A.

Beliau berkata, dua murid itu ialah Intosa Along Adil dan Yuyi Busu mendapat 2A, manakala Siti Pandak, Jalil Abu dan Hasmin Lebai mendapat 1A dan Sungkai Adu, Ajek Alug serta Azmi Alang pula lulus dalam semua subjek.

Kesemua mereka melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Gua Musang.

Beliau seterusnya memberitahu, hanya komitmen guru dapat memastikan pencapaian anak Orang Asli termasuk dari suku kaum Temiar, Jahai dan Batek terus meningkat.


Pelajar Melayu tidak minat membaca

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID 

MELAKA 22 Feb. – Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.

Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.

Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.

‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.

Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.

Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.

‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.

‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.

Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.


Sharp rise in under-age pregnancies

The pregnancy rate among under-age girl has jumped more than 6.4 % in this year. There were 8.3 conception for every 1000 under 16s in 2007 up from 7.8 the year before, figures revealed.
A total of 8196 young girls became pregnant, ensuring Britain continues to have highest teenage rate in Western Europe. 
The rate among girls under 18s also rose-the first increase in six years. 
Britain is almost unique in Europe in its attitude sex-it's a mixture of Victorian prudery and behind-your-hand sniggering, said sex health charity Marie Stopes International.
The government has set a target to halve the 1998 teen pregnancy rate. 
It said long term trend in young pregnancies was downward and there had been a 10.7% drop in conception in under 18s and a 23% decline in teenage birth since 1998. But the target looks increasingly optimistic and yesterday children's minister Beverley Hughes admitted the figures were dissappointing.
The evidence suggests that more teenagers may have been engaging in risky behaviour and not using contraception, resulting in an increase in conceptions leading to abortion, she said. Our strategy is to encourage teenage to delay early sexual activity-but to use contraception when they do become sexually active. 
Sex and relationship education would be made compulsory, she added.
But shadow health spokesman Andrew Lansley said;'reducing teenage pregnancy requires more than teaching children about sex. It requires a supportive and responsible family'.

                                                                                               By Fred Attewill Metro 27/02/2009

-5 degree C and we're all going snowhere



Britain telah dilanda oleh 'extreme weather even' dalam tempoh 20 tahun. Kejadian ini telah disebabkan oleh serangan angin daripada kawasan Russia yang dikenali serangan artik. Keadaan berais telah menyebabkan kegiatan harian di UK lumpuh, daripada pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, pengedaran barangan, dan sebagainya. 
Di kawasan Leeds sahaja catatan yang dibuat menunjukkan ketebalan salji adalah 6 inci. Salji yang mula turun sejak petang Ahad telah berlarutan sehingga ke pagi Isnin. Keadaan ini telah menyukarkan kami untuk pergi kerja. Disebabkan terpaksa bekerja, maka kami terpaksa menempuh salji yang tebal untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang kami dengan selamat. Dah cukup dah merasa snow yang teruk...

Saat yang amat sibuk

Masyaallah...
hanya Allah sahaja yang tahu betapa sibuknya diri ini...
Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang mana lidahnya tidak berhenti-henti daripada menyebut nama Allah. 
Akan tetapi kesibukan duniaku ini juga memenatkan dan semoga Allah menerima kesibukanku ini sebagai ibadahnya..amin...
Pergi school 7.30 am..
Balik 5.00 pm...itu pun disebabkan oleh suami kesayangan nak pergi kerja...kalau tak mungkin pukul 8.00 pm baru balik...
Sabtu dan Ahad pun pergi juga.....
Tida istilah weekend dalam hidup ini selama berada di bumi Leeds ini. 
Semoga Allah memberkati amalan harian kami, memberkati hidup kami dan juga melindungi kami dari kesusahan dunia dan akhirat. Amin...

Saturday 13 September 2008

Ramadhan Menjelang Lagi

Dalam sedar tak sedar, bulan yang mulia (Ramadhan) menjelma lagi. Ramadhan kali ini merupakan kali kedua kami berpuasa di bumi Leeds ini. Dirasakan terlalu cepat masa berlalu.

Rutin harian berjalan seperti biasa di bulan puasa ni, tiada aktiviti yang special sangat yang kami lakukan pada waktu ni. Yang belajar pergi ke sekolah, universiti, mana yang bekerja, bekerjalah... ada masa, kami menunaikan solat terawikh di Grand Mosque dan berbuka puasa sesama kami pada waktu cuti.

Pada tahun ini, waktu berbuka puasa lewat sedikit berbanding tahun lepas. Pada tahun lepas kami berpuasa pada hujung musim luruh maka waktu berbuka awal sedikit dalam pukul 5pm. Pada tahun ini kami berpuasa pada awal musim luruh manakala waktu berbuka lebih kurang pukul 7.40pm. Alhamdulillah maha besar Allah, kami takde la rasa penat sangat walaupun waktu sedikit lewat berbanding di Malaysia.

Pada 20 Sept 09 ni MSCL telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk masyarakat Malaysia di Leeds ini, insyaallah. Diantara program yang akan dijalankan adalah seperti berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawikh, urusan pembayaran zakat fitrah.
Majlis seterusnya yang akan dirancang adalah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkan diadakan lewat sedikit disebabkan ramai dikalangan orang lama yang balik berhari raya dimalaysia. Keseronokan akan dikongsi bersama.

Didoakan semoga ramadhan kali ini membawakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami dan seluruh umat Islam dunia dan agar Allah menjauhkan kami dari melakukan perkara yang mungkar.

Selamat Berpuasa
Wassalam

Tuesday 12 August 2008

Mancing Lagi



Mancing lagi......
Pada trip kali ini lokasi kami adalah sama dengan likasi yang lepas iaitu di Bangor, Wales.
Para pelakon kali ini dibintagi oleh Joe selaku pengurus Holbon, Madi dan Zahril selaku Pilot, Eran, hizamel, Idris, Abg. Man dan saya selaku pelakon tambahan.
Kali ni kira nak all out jugak la, jadi semua pelakon-pelakon telah menyiapkan diri dalam keadaan yang terbaik zahir dan batin...
Tiba aje kat sana semuanya tanpa membuang masa terus membaling pancing. Sempat dalam 10 kali balingan hampir semua naik ke khemah..lapar beb...

Mancing punye mancing..sekoq pun tarak...ni yang paneh hati nih....tapi sabar.... ingat lesson yang pertama...mancing melatih kita bersabar...

Sampai la ke pukul 4.01, Eran telah membuka lembaran semangat setelah berjaya menaikkan baby mackerel...hehehehe..Maka arakian apabila melihatkan sahabat berjaya menaikkan hanya bayi yang baru belajar berenang, tanpa membuang masa pelakon-pelakon yang lain terus berjuang sengan semangat yang berkobar-kobar..yang tinggal hanya seorang saja di dalam khemah ketika itu...akula...
Selang 10 minit selepas itu seorang pelakon lain telah mendapat 2 ekor bayi mackerel...Hizamel...belum menaikkan darah aku....sehinggalah 10 minit seterusnya Madi telah berjaya menaikkan 4 ekor...aku terus bingkas memegang joran dan beraksi....
biasala...hero la katakan...terus je berjaya mendapat 5 ekor...dan kemudian dapat lagi 4 ekor....
Sedang leka memancing datanglah beberapa orang pemancing malaysia juga dari Liverpool yang pada firasat saya tegar jugak orangnya. Menurut beliau, trend terkini ikan mackerel ini adalah hanya datang pada waktu petang berbanding pagi ketika kami datang beberapa bulan lepas...satu info yang amat berguna. Dengan persetujuan semua kami telah sepakat untuk mengextendkan tempoh memancing untuk seketika lagi dan hasilnya kami telah berjaya mendapatkan dalam 50 ekor mackerel. Satu jumlah yang lumayan jugak.
Kami bertolak pada pukul 9.00 malam sebelum berlakunya episod akan diterbitkan akan datang yang bertajuk 'Kereta Zaril rosak'.
Untuk melihat gambar memancing yang lain bolehlah melayari afiqnur.fotopages.com