Saturday 13 September 2008

Ramadhan Menjelang Lagi

Dalam sedar tak sedar, bulan yang mulia (Ramadhan) menjelma lagi. Ramadhan kali ini merupakan kali kedua kami berpuasa di bumi Leeds ini. Dirasakan terlalu cepat masa berlalu.

Rutin harian berjalan seperti biasa di bulan puasa ni, tiada aktiviti yang special sangat yang kami lakukan pada waktu ni. Yang belajar pergi ke sekolah, universiti, mana yang bekerja, bekerjalah... ada masa, kami menunaikan solat terawikh di Grand Mosque dan berbuka puasa sesama kami pada waktu cuti.

Pada tahun ini, waktu berbuka puasa lewat sedikit berbanding tahun lepas. Pada tahun lepas kami berpuasa pada hujung musim luruh maka waktu berbuka awal sedikit dalam pukul 5pm. Pada tahun ini kami berpuasa pada awal musim luruh manakala waktu berbuka lebih kurang pukul 7.40pm. Alhamdulillah maha besar Allah, kami takde la rasa penat sangat walaupun waktu sedikit lewat berbanding di Malaysia.

Pada 20 Sept 09 ni MSCL telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk masyarakat Malaysia di Leeds ini, insyaallah. Diantara program yang akan dijalankan adalah seperti berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawikh, urusan pembayaran zakat fitrah.
Majlis seterusnya yang akan dirancang adalah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkan diadakan lewat sedikit disebabkan ramai dikalangan orang lama yang balik berhari raya dimalaysia. Keseronokan akan dikongsi bersama.

Didoakan semoga ramadhan kali ini membawakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami dan seluruh umat Islam dunia dan agar Allah menjauhkan kami dari melakukan perkara yang mungkar.

Selamat Berpuasa
Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

laaa. fid, ramadhan lama telah meninggalkan kita.kasik update la.. hehheh

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

hehehe...ini shuk punya bahagian.. skrg dia dah buat 2 keja awal pagi n petang so asyik tido aje..mana sempat nak mengupdate nya..
nnati insyaallah aku updatekan.

rajiah said...

Salam..

lama tak bercatatan.. busy phD ye... selamat berjuang...