Monday 24 December 2007

Weekend in Edinburgh

Pada 24/11/07 pukul 9 malam kami bertolak ke Edinburgh. Rumah sahabat kami yang menuntut di University of Herriot Watt (Salehuddin n Azmahani). Alhamdulillah perjalanan kami lancar..perjalanan mengambil masa 5 jam...berpandukan sony navigator abang nizam..
kami tiba di Edinburgh pkl 3.30 pagi..tuan rumah tengah lena dibuai mimpi indah..tiba-tiba kami mengganggu.
sekarang permulaan musim sejuk...waktu siang lebih pendek daripada malam. bayangkanlah pukul 4 dah malam..
so kami x sempat melawat ke banyak tempat...
insyallah ada rezeki di lain masa kami akan berkunjung lagi...
kesimpulannya...Edinburgh cantik... banyak tempat menarik untuk dilawati.
x puas menikmati keindahan alam bumi Edinburgh ciptaan Ilahi...

Sunday 23 December 2007

Sebulan di Leeds

Alhamdulillah kami dapat la menyewa rumah kat kat Leeds ni. Kawasan tu nama dia Hare Hills. No 43 Lacelles East Road. Tuan rumah tu orang Pakistan. Sewa 400 paun...mahal jugak la tapi yang tu aje yang kami dapat...

sempat la duduk situ dalam satu bulan....tak tahan sebab perabot tak ada...tingkap single glazing...takde central heating dan banyak lagi la perkara yang mempengaruhi perpindahan kami...


Selepas itu kami dapat menyewa sebuah rumah yang memang bagus.

Sewa memang tak mahal dalam 340 paun lengkap dengan perabot, dan segala spec yang diperlukan oleh penyewa. Land lord pulak memang baik..Nama die Brother Ikbal. Kawin dengan orang malaysia.


Tapi apakan daya..jodoh tak panjang...dan kami dapat rezeki lain.. universiti accomodation at Grayson Heights...kemudahan yang paling dikehendaki oleh setiap pelajar....merasalah duduk kat area elit mcm kat M'sia tu..Damansara Heights etc..tapi sini untuk golongan sederhana rendah mcm kami ni. kira taraf hdp rendah le kat sini..elaun pun di paras kemiskinan.

Welcome

Satu detik yang bersejarah...
1 Julai 2007 adalah tarik kedatangan kami ke Leeds, United Kingdom
Suatu dunia baru yang kami perlu lalui...
dengan seribu persoalan dan juga seribu pengharapan....