Monday 30 June 2008

Setahun sudah kami di bumi UK

Hari ini 30 Jun 2008, genaplah setahun kami di UK. Terlalu banyak pengalaman suka duka pahit manis sepanjang di sini. Mengimbau kembali setahun yang lepas:

29 Jun 2007
Hari terakhir berada di Taman Wira, Parit Raja. Kenangan bersama-sama jiran2 (GENG SEMBANG - Kak Ida, Kak Niza, Kak Nor, Makcik Piah) dan kawan2 mengeteh suami (Naim, Aman etc), jiran tetangga Jalan WIRA 2.
Kami bertolak balik ke rumah abang Midi di Rawang pada sebelah malamnya setelah selesai semua urusan terutamanya 'CLEAR' kan rumah.

30 Jun 2007
Sebelah petangnya kami bertolak ke KLIA. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir (Mak+Abah, Mak Pahang, adik-beradik, anak2 sedara, sepupu2).
Kami berangkat ke balai berlepas pkl 11 malam...berlepas pd 11.55 malam
Perjalanan mengambil masa 13 jam, alhamdulillah selamat mendarat pada pkl 6.30 pagi waktu tempatan di Amsterdam Airport Schiphol. Transit mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan KLM Royal Dutch Airlines, kami terbang lagi sekali. Perjalanan mengambil masa 50 minit dan kami sampai di Leeds/Bardford Airport pada pukul 9.30 waktu tempatan (Amsterdam dan UK beza masa 1 jam; UK lewat 1 jam). Kami dijemput oleh Abang Zam (suami Kak Wati).
Kami menginap di rumah Kak Wati 9 hari...dpd 1 Jul hingga 9 Jul 2007.

Minggu Pertama Julai 2007
Dengan bantuan Kak Wati melalui Kak Salina kami menyewa di 34 Lascelles East Road, LS8 5PY. Dlm minggu ini jugak kami beli kereta Rover 214...warna biru. banyak kenangan dgn kereta Rover ni...dah pegi ke Sheffield, Sunderland (kilang Pyrex) and New Castle. Dengan kereta ini jugalah saya berulang alik ke Uni dr rumah setiap hari...

5 Julai 2007
Kali pertama kami (saya, shukri & afiq) menjejakkan kaki di University of Leeds. Dengan tunjukajar abang Zam, kami gamble menaiki bas mencari di mana letaknya School of Civil Engineering, Faculty of Engineering, University of Leeds.
Membuat urusan pendaftaran terus pada hari tersebut.

6 Julai 2007
Perasaan berdebar datang dan pergi..awal2 pagi dah keluar dengan menaiki bas menuju ke Universiti of Leeds memandangkan hari ini ada temujanji dengan supersivor saya iaitu Prof David Duncan Mara. Alhamdulillah, seperti yang diduga beliau adalah seorang Professor yang terlalu baik...bersifat kebapaan (umurnya pun dah 64). Dia memberi tunjukajar dr semua segi (selok belok sebagai student di UK). Sekali imbas macam Mentor saya di UTHM (PM Hj Rashid). Umur pun sebaya (Prof Mara & Hj Rashid). Kedua2 Professor ini terlalu baik bagi diri saya. Semoga perjalanan PhD kami sekeluarga akan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan!!


2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Fid.. semoga terus dipermudahkan dan berjumpa dengan orang yang baik-baik, Insya-Allah..

Fid, kak jiah ada hajat la.. nakminta Fid tolong belikan cenderahati nama/ gambar/ plak yang janjinya ada nama lokasi yang boleh di gantung di dinding.

Bukan apa, dulu ingatkan akan kembali ke UK.. jadinya tak le berapa ghairah kumpul cenderahati untuk digantung, namun nampak gayanya mcm tak keluar negeri jek suami kak jiah.

Lokasinya ialah - Edinburgh/Scotland
Manchester
New Castle Upon Tyne
Glasgow
London
St Andrews

Hee..hee itupun kalau tak susah kan fid.. saja la.. kalau terjumpa-jumpa tu.. terutama yang ada nama Edinburgh/Scotland tu lah.. rasa ngralat betul tak beli dulu.. hee hee

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

terima kasih kak..
Insyaallah saya boleh belikan. biasanya yg saya kumpul magnet. menarik jugak tu idea kak jiah. insyaallah nanti klu saya jumpa saya belikan eh..