Tuesday 12 August 2008

Mancing Lagi



Mancing lagi......
Pada trip kali ini lokasi kami adalah sama dengan likasi yang lepas iaitu di Bangor, Wales.
Para pelakon kali ini dibintagi oleh Joe selaku pengurus Holbon, Madi dan Zahril selaku Pilot, Eran, hizamel, Idris, Abg. Man dan saya selaku pelakon tambahan.
Kali ni kira nak all out jugak la, jadi semua pelakon-pelakon telah menyiapkan diri dalam keadaan yang terbaik zahir dan batin...
Tiba aje kat sana semuanya tanpa membuang masa terus membaling pancing. Sempat dalam 10 kali balingan hampir semua naik ke khemah..lapar beb...

Mancing punye mancing..sekoq pun tarak...ni yang paneh hati nih....tapi sabar.... ingat lesson yang pertama...mancing melatih kita bersabar...

Sampai la ke pukul 4.01, Eran telah membuka lembaran semangat setelah berjaya menaikkan baby mackerel...hehehehe..Maka arakian apabila melihatkan sahabat berjaya menaikkan hanya bayi yang baru belajar berenang, tanpa membuang masa pelakon-pelakon yang lain terus berjuang sengan semangat yang berkobar-kobar..yang tinggal hanya seorang saja di dalam khemah ketika itu...akula...
Selang 10 minit selepas itu seorang pelakon lain telah mendapat 2 ekor bayi mackerel...Hizamel...belum menaikkan darah aku....sehinggalah 10 minit seterusnya Madi telah berjaya menaikkan 4 ekor...aku terus bingkas memegang joran dan beraksi....
biasala...hero la katakan...terus je berjaya mendapat 5 ekor...dan kemudian dapat lagi 4 ekor....
Sedang leka memancing datanglah beberapa orang pemancing malaysia juga dari Liverpool yang pada firasat saya tegar jugak orangnya. Menurut beliau, trend terkini ikan mackerel ini adalah hanya datang pada waktu petang berbanding pagi ketika kami datang beberapa bulan lepas...satu info yang amat berguna. Dengan persetujuan semua kami telah sepakat untuk mengextendkan tempoh memancing untuk seketika lagi dan hasilnya kami telah berjaya mendapatkan dalam 50 ekor mackerel. Satu jumlah yang lumayan jugak.
Kami bertolak pada pukul 9.00 malam sebelum berlakunya episod akan diterbitkan akan datang yang bertajuk 'Kereta Zaril rosak'.
Untuk melihat gambar memancing yang lain bolehlah melayari afiqnur.fotopages.com

8 comments:

Ibnu Said said...

Bro update le gambau mancing nih dalam fotopages tuh...

rajiah said...

Salam..

Fid.. lama tak tegur kak jiah kat laman ixora.. busy memancing yek..

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

sori lambat upload gambar dalam fp...
sat lagi no...

nordee said...

amboi..mackeral ni fid buat masak apa? hehe..ntah2 kau yg kena masak tak...hehe

nnmy said...

besh nyer tgok kak fid dan rakan2 di leeds...
mudahkan saya ke sana jugak ya!
aminn...

SiLabi said...

wah syuk! bukan main lagi ko yek! ni yang aku jeles gila2 ni!

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

dila, itu sudah alah bisa tegal biasa..;-)..

Zack, bila lagi nak join memancing nih?? meh le leeds ni..hehe

Anonymous said...

SALAM RAMADHAN BUAT FID DAN SYUK.