Wednesday 14 May 2008

Jom Ngail....

Sesuatu aktiviti yang amat dinanti-nantikan sejak datang ke UK ni...
Apa lagi..mancing la...
Pada 10/5/2008 baru ni saya dan beberapa orang member Madi, Joe, Dr. Basa dan Zubir telah mengadakan trip memancing makerel di Wales.
Perjalanan yang mengambil masa 3 jam tersebut terlalu indah bagi saya..maklumlah dah lama sangat tak ngail....
dulu ajak jugak diaorang ni mancing masa winter...semuanya surrender...
Kami bertolak jam 2.30 pg dan sampai jam 5.30pg...
Pertama kali sampai..Allahuakbar...cantiknya pemandangan kat sana....
Perjalanan daripada parking kereta ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 20 minit yang mana terpaksa menempuh kawasan ladang biri-biri dan jeram yang cerun.
tanpa membuang masa...2 minit ikat tali pancing..terus je casting...

Rigging
1. Mesen pancing (Shimano Spheros 5000FA)
2. Joran (China made)
3. Mata apollo (macam apollo selar @ kembong)
3. Batu pemberat

Kalau ikutkan jadual, abis mancing pukul 7 mlm...tapi semua liat nak bangun...abis pukul 7.30 ptg

Mengikut perkiraan, sebenarnya waktu kami memancing tu bukanlah musim yang sesuai lagi. Ini kerana keadaan air yang masih lagi sejuk, tapi alhamdulillah Allah memberikan rezeki kepada kami...jumlah tangkapan : 77 ekor..boleh dibanggakan jugak
Plan bulan depan nak return semula....
Tunggu

2 comments:

rajiah said...

Wow! Banyaknya ikan-ikan tu.. ikan apa yek.. nampak mcm ikan tenggiri je ke ikan cencaru sesat kat wales.. hee hee. Boleh buat stok 4 hari tu..

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

akak,
tu ikan mackerel..ikan sardin dr lautan sejuk.
wales memang lubuk mackerel. shuk melepaskan gian memancingnyer.. alhamdulillah ada dapat ikan.. jauh gak tu nak ke sana. ada la 3 jam.so berbaloi ler..hehe