Friday 13 June 2008

Family Day Warga Malaysia Leeds


Program rutin yang hanya diadakan setahun sekali di Leeds ini. 'Family Day'
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan family-family dan yang bujang yang baru sampai ke Leeds dengan warga Malaysia di Leeds ini disamping merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga Malaysia di sini...

Program ini diadakan di Yorkshire Dale iaitu Bolton Abbey, pada Sabtu 7/6/2008.
Ramai jugak yang hadir pada family day tersebut iaitu kira-kira 200 orang.

Pelbagai acara sukaneka yang telah dijalankan diantaranya mengumpul gula-gula, lari ikat kaki, golf telur, trasure hunt dan juga sepak raga bulatan.

Dari segi menu makanan pula, main menu adalah bbq, nasi biryani, mee, kuih-muih dan juga buah-buahan. pendek kata penuh meja dengan segala jenis makanan.

Tidak lupa juga diadakan cabutan bertuah untuk mereka-mereka yang bertuah....

Majlis yang dimulakan dalam pukul 9.00 pagi itu berakhir pada pukul 6.00 petang dengan setiap keluarga pulang dengan agenda masing-masing.
Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan pada tahun-tahun seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

mmm..mm nasi biryani ala pakistani he hee.. dulu kak jiah rajin beli paste segera kari ke, briyani ke, korma ke jenama PATAK'S. kat ASDA. Baru-baru ni cari kat cold storage jenama tu, harganya dalam RM.. aduhhh...... namun beli juga sbb rindu..

p.S: nak tanya, rumah siapa kat letterhead atas tu, mcm misteri jek kat celah semak samun, tapi ada letter box...

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

hehe...seram jer bunyi nyer.
xdelah akak. tu rumah kat countryside. masa kami buat family day kat bolton abbey tu, on the way balik kami pusing2 la kampung tu. shuk suka benor tangkap gambar ..hehe