Saturday 13 September 2008

Ramadhan Menjelang Lagi

Dalam sedar tak sedar, bulan yang mulia (Ramadhan) menjelma lagi. Ramadhan kali ini merupakan kali kedua kami berpuasa di bumi Leeds ini. Dirasakan terlalu cepat masa berlalu.

Rutin harian berjalan seperti biasa di bulan puasa ni, tiada aktiviti yang special sangat yang kami lakukan pada waktu ni. Yang belajar pergi ke sekolah, universiti, mana yang bekerja, bekerjalah... ada masa, kami menunaikan solat terawikh di Grand Mosque dan berbuka puasa sesama kami pada waktu cuti.

Pada tahun ini, waktu berbuka puasa lewat sedikit berbanding tahun lepas. Pada tahun lepas kami berpuasa pada hujung musim luruh maka waktu berbuka awal sedikit dalam pukul 5pm. Pada tahun ini kami berpuasa pada awal musim luruh manakala waktu berbuka lebih kurang pukul 7.40pm. Alhamdulillah maha besar Allah, kami takde la rasa penat sangat walaupun waktu sedikit lewat berbanding di Malaysia.

Pada 20 Sept 09 ni MSCL telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk masyarakat Malaysia di Leeds ini, insyaallah. Diantara program yang akan dijalankan adalah seperti berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawikh, urusan pembayaran zakat fitrah.
Majlis seterusnya yang akan dirancang adalah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangkan diadakan lewat sedikit disebabkan ramai dikalangan orang lama yang balik berhari raya dimalaysia. Keseronokan akan dikongsi bersama.

Didoakan semoga ramadhan kali ini membawakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami dan seluruh umat Islam dunia dan agar Allah menjauhkan kami dari melakukan perkara yang mungkar.

Selamat Berpuasa
Wassalam

Tuesday 12 August 2008

Mancing Lagi



Mancing lagi......
Pada trip kali ini lokasi kami adalah sama dengan likasi yang lepas iaitu di Bangor, Wales.
Para pelakon kali ini dibintagi oleh Joe selaku pengurus Holbon, Madi dan Zahril selaku Pilot, Eran, hizamel, Idris, Abg. Man dan saya selaku pelakon tambahan.
Kali ni kira nak all out jugak la, jadi semua pelakon-pelakon telah menyiapkan diri dalam keadaan yang terbaik zahir dan batin...
Tiba aje kat sana semuanya tanpa membuang masa terus membaling pancing. Sempat dalam 10 kali balingan hampir semua naik ke khemah..lapar beb...

Mancing punye mancing..sekoq pun tarak...ni yang paneh hati nih....tapi sabar.... ingat lesson yang pertama...mancing melatih kita bersabar...

Sampai la ke pukul 4.01, Eran telah membuka lembaran semangat setelah berjaya menaikkan baby mackerel...hehehehe..Maka arakian apabila melihatkan sahabat berjaya menaikkan hanya bayi yang baru belajar berenang, tanpa membuang masa pelakon-pelakon yang lain terus berjuang sengan semangat yang berkobar-kobar..yang tinggal hanya seorang saja di dalam khemah ketika itu...akula...
Selang 10 minit selepas itu seorang pelakon lain telah mendapat 2 ekor bayi mackerel...Hizamel...belum menaikkan darah aku....sehinggalah 10 minit seterusnya Madi telah berjaya menaikkan 4 ekor...aku terus bingkas memegang joran dan beraksi....
biasala...hero la katakan...terus je berjaya mendapat 5 ekor...dan kemudian dapat lagi 4 ekor....
Sedang leka memancing datanglah beberapa orang pemancing malaysia juga dari Liverpool yang pada firasat saya tegar jugak orangnya. Menurut beliau, trend terkini ikan mackerel ini adalah hanya datang pada waktu petang berbanding pagi ketika kami datang beberapa bulan lepas...satu info yang amat berguna. Dengan persetujuan semua kami telah sepakat untuk mengextendkan tempoh memancing untuk seketika lagi dan hasilnya kami telah berjaya mendapatkan dalam 50 ekor mackerel. Satu jumlah yang lumayan jugak.
Kami bertolak pada pukul 9.00 malam sebelum berlakunya episod akan diterbitkan akan datang yang bertajuk 'Kereta Zaril rosak'.
Untuk melihat gambar memancing yang lain bolehlah melayari afiqnur.fotopages.com

Friday 8 August 2008

Unipol Fun Day



Khamis, 7 August 2008. Pihak Unipol telah mengadakan Fun Day Di kediaman kami di Kirkstall ini. Pelbagai program telah dijalankan seperti pameran daripada volunteer-volunteer, stall, dan juga permainan-permainan. Fun Day ini telah berjaya menarik minat penduduk sekeliling dan juga penghuni Unipol di sekitar Kirkstall ini. Kanak-kanak yang palin gembira.

Kurang 1 keluarga Grayson Heights



Pada Isnin lepas, 4/08/09 keluarga Rizal telah kembali ke Malaysia setelah berjaya menyiapkan studynya dalam master. Isterinya Ila juga dijangkakan akan bersalin dalam bulan September ini.
Didoakan agar beliau dan keluarga sentiasa diberkat Allah dan dipermudahkan segala urusan. Untuk mereka juga selamat menimang cahaya mata yang baru.

Shukri

Tuesday 29 July 2008

Mencuba World Famous Ripley Ice cream


Last Sunday seperti biasa kami dan beberapa family Malaysia telah mengunjungi Carboot Ripley.
Penat juga menjelajah dan tawaf carboot tersebut. Semasa balik ke rumah, kami berkesempatan untuk singgah ke Ripley Icecream.
Sebenarnya kami dah lama tahu akan Ripley Icecream ni tapi tak pernah pulak mencubanya dan ini merupakan kali pertama kami mencubanya.
Dari segi famousnya pula saya dapat pasti dengan jelas sampai ketahap mana kefamousannya samada setaraf dengan Sate Hj. Samuri atau seperti Mc Donalds. tapi yang pasti kami ingin mencubanya.
Berkenaan dengan Rasa icecreamnya pula, bilangan perasanya adalah sedikit samada dua hingga tiga jenis sahaja sekali pengeluaran. Perasa yang ditawarkan pada kali ini adalah perasa cherry dan juga cherry+vanilla.
Dari segi rasa pula, mmm... best jugak. Texturenya amat halus dan lembut...best....
Nak cuba?... sila datang ke Ripley dan boleh mendapat maklumat lanjut di sini...

Monday 21 July 2008

Afiq dan basikal baru




Semalam adalah hari Ahad. Seperti hujung-hujung minggu yang biasa dilalui, kitaorg gi la carboot sebagai tempat riadah diri, minda dan poket. Pada kali ini, carboot yang menjadi pilihan adalah Carboot Ripley, lebih kurang 30 minit dari rumah.
Carboot ni boleh tahan besar dan juga barangan yang dijual disini boleh tahan bestnya...
Pada kali ini tak ade bende sangat yang hendak dicari melainkan basikal Afiq. Kesian kat dia, basikal yang sedia ada tu dah pancit tayar depan lebih sebulan, asyik main offroad je. Kat sini servis basikal susah cari kedai n kos dia mahal. Saiz basikal pulak dah tak sesuai sangat dengan dia yang semakin membesar dan teror main basikal nih...
Cakap kat Afiq,' Afiq nak basikal kena la berdoa kepada Allah, nanti Allah bagi la..' . Maka Afiq pun berdoalah, 'Ya Allah bagi lah basikal kat Afiq ni, amin'. Itu la doa dia..
Masuk je kawasan carboot nih, baru je berjalan, mula dia mengingatkan permintaannya yang lepas tu..gitar...aduss..malas betul nak beli gitar kapok, mahal dalam £20-£25. Kami meneruskan pemerhatian dan ternampaklah satu gitar kapok yang kecil, minta isteri tanyakan harga. Harga £5 dan x cukup tali turun jadi £3 je...apa lagi..suka la afiq...bebudak...

Kami berdua meneruskan perjalanan lagi sebab isteri dah jauh kat belakang meneliti barang.
Sampai kat satu car booter tu ternampak la ade basikal, nice colour, kualiti pun baik lagi..tanya harga, £20. Tunggu isteri bargain..dapat la £15 beserta helmet. apa lagi, suka sangat la dia, sampaikan terus je nak main kat carboot tu.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa Afiq ni...dan hidup boring dia selama sebulan lebih ni terubat kembali...

Monday 30 June 2008

Setahun sudah kami di bumi UK

Hari ini 30 Jun 2008, genaplah setahun kami di UK. Terlalu banyak pengalaman suka duka pahit manis sepanjang di sini. Mengimbau kembali setahun yang lepas:

29 Jun 2007
Hari terakhir berada di Taman Wira, Parit Raja. Kenangan bersama-sama jiran2 (GENG SEMBANG - Kak Ida, Kak Niza, Kak Nor, Makcik Piah) dan kawan2 mengeteh suami (Naim, Aman etc), jiran tetangga Jalan WIRA 2.
Kami bertolak balik ke rumah abang Midi di Rawang pada sebelah malamnya setelah selesai semua urusan terutamanya 'CLEAR' kan rumah.

30 Jun 2007
Sebelah petangnya kami bertolak ke KLIA. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir (Mak+Abah, Mak Pahang, adik-beradik, anak2 sedara, sepupu2).
Kami berangkat ke balai berlepas pkl 11 malam...berlepas pd 11.55 malam
Perjalanan mengambil masa 13 jam, alhamdulillah selamat mendarat pada pkl 6.30 pagi waktu tempatan di Amsterdam Airport Schiphol. Transit mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan KLM Royal Dutch Airlines, kami terbang lagi sekali. Perjalanan mengambil masa 50 minit dan kami sampai di Leeds/Bardford Airport pada pukul 9.30 waktu tempatan (Amsterdam dan UK beza masa 1 jam; UK lewat 1 jam). Kami dijemput oleh Abang Zam (suami Kak Wati).
Kami menginap di rumah Kak Wati 9 hari...dpd 1 Jul hingga 9 Jul 2007.

Minggu Pertama Julai 2007
Dengan bantuan Kak Wati melalui Kak Salina kami menyewa di 34 Lascelles East Road, LS8 5PY. Dlm minggu ini jugak kami beli kereta Rover 214...warna biru. banyak kenangan dgn kereta Rover ni...dah pegi ke Sheffield, Sunderland (kilang Pyrex) and New Castle. Dengan kereta ini jugalah saya berulang alik ke Uni dr rumah setiap hari...

5 Julai 2007
Kali pertama kami (saya, shukri & afiq) menjejakkan kaki di University of Leeds. Dengan tunjukajar abang Zam, kami gamble menaiki bas mencari di mana letaknya School of Civil Engineering, Faculty of Engineering, University of Leeds.
Membuat urusan pendaftaran terus pada hari tersebut.

6 Julai 2007
Perasaan berdebar datang dan pergi..awal2 pagi dah keluar dengan menaiki bas menuju ke Universiti of Leeds memandangkan hari ini ada temujanji dengan supersivor saya iaitu Prof David Duncan Mara. Alhamdulillah, seperti yang diduga beliau adalah seorang Professor yang terlalu baik...bersifat kebapaan (umurnya pun dah 64). Dia memberi tunjukajar dr semua segi (selok belok sebagai student di UK). Sekali imbas macam Mentor saya di UTHM (PM Hj Rashid). Umur pun sebaya (Prof Mara & Hj Rashid). Kedua2 Professor ini terlalu baik bagi diri saya. Semoga perjalanan PhD kami sekeluarga akan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan!!


Wednesday 25 June 2008

Teringat-ingat


Semasa dok lepak-lepak kat depan komputer ni, terbukak la folder gambar semasa kat sekolah.
Sekolah yang mula-mula di postkan, Sk Tenaga Sepakat, yong Peng.
Dok bukak-bukak, belek-belek gambar, tangan mula ligat photo edit. Kalau boleh semua gambar nak dimasukkan tapi apakan daya tak banyak yang dapat dimasukkan.
Dalam dok buat tu teringat jugak pelbagai pengalaman pahit manis kat sekolah ni yang telah ditelan....
juga cikgu-cikgunya yang tabah sangat mendidik anak-anak kampung yang miskin. Begitu juga cikgu-cikgu yang banyak gigih menghadapi masalah sekeliling dan juga masalah sendiri.
Didoakan agar cikgu-cikgu tabahkan hati, kuatkan iman dan iltizam dalam menempuh hari mendatang...
Doakan keselamatan kami dan permudahkan segala urusan kami di sini.
Wassalam

Wednesday 18 June 2008

UK Carboot Sale





Bagi warga UK, carboot sale sudah sinonim dalam aktiviti mingguan, malah ramai yang meletakkannya sebagaii takwim pada summer seperti sekarang ini.
Bagi yang tidak pernah mengunjungi UK, carboot sale mungkin suatu yang janggal dan mungkin pernah didengari tapi tidak pernah melihatnya apatah lagi mengunjunginya.

Di UK, terdapat beberapa tujuan diadakan car boot sale ini (hasil daripada pemerhatian) antaranya adalah:
1. Mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan dari rumah (samada barang baru @ lama)
dan ruang yang dikosongkan dirumah akan digantikan dengan barangan lain.

2. mendapatkan sedikit pulangan daripada jualan barang rumah tersebut walaupun tidak seberapa.

3. Santai pada summer. Umum mengetahui bahawa orang-orang Eropah suka berjemur ketika summer. Dikesempatan ini mereka lepak sambil menjual barangan mereka.

Barang-barang yang terdapat di carboot adalah pelbagai dan tidak menentu, maklumlah barang rumah terpakai. Antara barangan yang polupar adalah pakaian (jaket, bayi n kanak-kanak), collectable, toys dan juga pinggan mangkuk (Royal Dolton , Royal Albert dll royal)
Dari segi harga pula, memang terlalu murah jika dibandingkan dengan barangan baru dan juga di dalam ebay. Malah, jika kena pada keadaan kita boleh bargain atau dapat free aje..

Dalam pemilihan carboot pula, bolehlah dikategorikan kepada dua yang utama iaitu carboot orang sederhana dan juga carboot orang kaya. Bagi carboot orang sederhana, barang yang dijual biasanya jenis barangan sama tetapi jenama biasa dan barangan collectable pun kurang menarik. Manakala bagi carboot orang kaya pula, barangannya adalah berjenama dan barangan collectable pula menarik. Harga pula tidak menentu.

Biasanya jika dah pergi ke carboot ni, macam-macam barangan yang hendak dibeli...kelabu mata, cuma nak kene beringat. Tanpa disedari, habis sepoket duit...

Apa-apa hal carboot memang best, dan kesempatan ini digunakan oleh rata-rata rakyat Malaysia di UK ini untuk mengumpulkan barangan untuk dibawa balik ke Malaysia samada untuk barangan sendiri, saudara mara rakan taulan dan juga untuk digunakan semasa di UK ini.

Friday 13 June 2008

Family Day Warga Malaysia Leeds


Program rutin yang hanya diadakan setahun sekali di Leeds ini. 'Family Day'
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan family-family dan yang bujang yang baru sampai ke Leeds dengan warga Malaysia di Leeds ini disamping merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga Malaysia di sini...

Program ini diadakan di Yorkshire Dale iaitu Bolton Abbey, pada Sabtu 7/6/2008.
Ramai jugak yang hadir pada family day tersebut iaitu kira-kira 200 orang.

Pelbagai acara sukaneka yang telah dijalankan diantaranya mengumpul gula-gula, lari ikat kaki, golf telur, trasure hunt dan juga sepak raga bulatan.

Dari segi menu makanan pula, main menu adalah bbq, nasi biryani, mee, kuih-muih dan juga buah-buahan. pendek kata penuh meja dengan segala jenis makanan.

Tidak lupa juga diadakan cabutan bertuah untuk mereka-mereka yang bertuah....

Majlis yang dimulakan dalam pukul 9.00 pagi itu berakhir pada pukul 6.00 petang dengan setiap keluarga pulang dengan agenda masing-masing.
Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan pada tahun-tahun seterusnya.

Monday 19 May 2008

Selamat Hari Guru...16 Mei 2008


Guru Oh Guru


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Sasterawan Negara,
Allahyarham Dato' Dr Usman Awang

Wednesday 14 May 2008

Jom Ngail....

Sesuatu aktiviti yang amat dinanti-nantikan sejak datang ke UK ni...
Apa lagi..mancing la...
Pada 10/5/2008 baru ni saya dan beberapa orang member Madi, Joe, Dr. Basa dan Zubir telah mengadakan trip memancing makerel di Wales.
Perjalanan yang mengambil masa 3 jam tersebut terlalu indah bagi saya..maklumlah dah lama sangat tak ngail....
dulu ajak jugak diaorang ni mancing masa winter...semuanya surrender...
Kami bertolak jam 2.30 pg dan sampai jam 5.30pg...
Pertama kali sampai..Allahuakbar...cantiknya pemandangan kat sana....
Perjalanan daripada parking kereta ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 20 minit yang mana terpaksa menempuh kawasan ladang biri-biri dan jeram yang cerun.
tanpa membuang masa...2 minit ikat tali pancing..terus je casting...

Rigging
1. Mesen pancing (Shimano Spheros 5000FA)
2. Joran (China made)
3. Mata apollo (macam apollo selar @ kembong)
3. Batu pemberat

Kalau ikutkan jadual, abis mancing pukul 7 mlm...tapi semua liat nak bangun...abis pukul 7.30 ptg

Mengikut perkiraan, sebenarnya waktu kami memancing tu bukanlah musim yang sesuai lagi. Ini kerana keadaan air yang masih lagi sejuk, tapi alhamdulillah Allah memberikan rezeki kepada kami...jumlah tangkapan : 77 ekor..boleh dibanggakan jugak
Plan bulan depan nak return semula....
Tunggu

Monday 14 April 2008

Menikmati Keindahan Alam Ciptaan Ilahi di "BOLTON ABBEY", Skipton

13 April, hujan membuakan kami terpaksa batlkan hasrat nak ke "Carboot"..mencari toys afiq, dan barangan antik serta buku untuk collection kami. Petang nye selepas aku cancelkan hasratku nak meyambung kerja di Lab, kami tiba2 terasa ingin menikmati keindahan alam. Tiba2 terlintas di fikiran nak ke Bolton Abbey. Hasrat unutk mengajak Kak wati n famili terpaksa dibatalkan memandangkan waktu tu hujan renyai2..kesian pulak ngan FIRAS..a cute little boy!!!
so kami bertiga je la pergi, afiq mcm biasa x boleh berenggang dgn basikalnya. sampai di sana kami biarkan dia bermain basikal...walaupun aku terjerit2 memanggil dia.. nampaknya dia happy dapat main kat luar. klu x, holborn terrace la tempatnya.. main basikal dgn Danish. afiq mana boleh duduk diam tanpa sebarang aktiviti.
kesimpulannya kami benar2 puas wpun hanya 2 jam sempat menikmati keindahan alam di BOLTON ABBEY...kami pasti akan datang lagi..insyaallah.

Saturday 29 March 2008

Jalan-jalan Tengok Southampton

Easter break baru2 ni kami berkesempatan melawat sahabat kami , Kak Mun n Famili di Soton. sambil2 melawat baby baru, Siti Nadiah...she's so cute!!!adorable and chubby.. 3 hari 2 malam kami di sana. menginap di 'Mun Travelodge'. Kami n famili kak wati disertai kak Tinit n Shidah menjelajah Soton..Bandar Maritim Antarabangsa. Banyak jugak tempat antaranya Portsmouth. dalam perjalanan balik kami singgah melawat Stonehenge and Bath. Insyaallah ada kelapangan lain kali berjalan lagi....
tengok le gambar2 kami..

Friday 29 February 2008

day trip to Hull

Last Sunday (24th Feb 08)we (my family, Kak Wati's and Azizi's family) had a day trip to Hull, about 1-hour drive from Leeds. We really enjoy this trip.we went to The Deep (more or less it's look similar as Aquaria,KLCC) and Humber Bridge (5th highest bridge in the UK or in the world, not really sure)..
Watch-out the photos overthere...

Saturday 12 January 2008

Snow di Leeds

Hari yang amat bermakna untuk tahun pertama...Tarikh: 3 Januari 2008
'SNOW DI LEEDS'....wow!!!! bestnye...
Sebab bukan senang nak jumpa snow di Leeds ni...
menurut orang tempatan amat jarang snow turun di Leeds ni dan ini juga membawa kepada kejakunan juga kepada warga-warga tempatan..
Tarikh ini juga amat bermakna kepada putera kami kerana birthdaynya disambut di dalam salji.....

Pada pukul 8.00am, sedang duduk sambil membaca Berita Harian edisi internet, saya diberitahu oleh isteri bahawa ada snow di luar...

Apa lagi.salji semakin lebat. Kami mula sakan la berposing....
Ade perasan ke ada brother tu pakai t-shirt je...hhehe..

Lepas solat Zohor kami family Malaysia kat apartment ni memulakan operasi mencari kawasan salji yang best sehingga kami berjumpa kawasan yang best kat site wife I kat Esholt, Bradford.
Tengok la betapa meriahnya kami bermain snow dan pemanadangan semasa snow...