Tuesday 29 July 2008

Mencuba World Famous Ripley Ice cream


Last Sunday seperti biasa kami dan beberapa family Malaysia telah mengunjungi Carboot Ripley.
Penat juga menjelajah dan tawaf carboot tersebut. Semasa balik ke rumah, kami berkesempatan untuk singgah ke Ripley Icecream.
Sebenarnya kami dah lama tahu akan Ripley Icecream ni tapi tak pernah pulak mencubanya dan ini merupakan kali pertama kami mencubanya.
Dari segi famousnya pula saya dapat pasti dengan jelas sampai ketahap mana kefamousannya samada setaraf dengan Sate Hj. Samuri atau seperti Mc Donalds. tapi yang pasti kami ingin mencubanya.
Berkenaan dengan Rasa icecreamnya pula, bilangan perasanya adalah sedikit samada dua hingga tiga jenis sahaja sekali pengeluaran. Perasa yang ditawarkan pada kali ini adalah perasa cherry dan juga cherry+vanilla.
Dari segi rasa pula, mmm... best jugak. Texturenya amat halus dan lembut...best....
Nak cuba?... sila datang ke Ripley dan boleh mendapat maklumat lanjut di sini...

Monday 21 July 2008

Afiq dan basikal baru




Semalam adalah hari Ahad. Seperti hujung-hujung minggu yang biasa dilalui, kitaorg gi la carboot sebagai tempat riadah diri, minda dan poket. Pada kali ini, carboot yang menjadi pilihan adalah Carboot Ripley, lebih kurang 30 minit dari rumah.
Carboot ni boleh tahan besar dan juga barangan yang dijual disini boleh tahan bestnya...
Pada kali ini tak ade bende sangat yang hendak dicari melainkan basikal Afiq. Kesian kat dia, basikal yang sedia ada tu dah pancit tayar depan lebih sebulan, asyik main offroad je. Kat sini servis basikal susah cari kedai n kos dia mahal. Saiz basikal pulak dah tak sesuai sangat dengan dia yang semakin membesar dan teror main basikal nih...
Cakap kat Afiq,' Afiq nak basikal kena la berdoa kepada Allah, nanti Allah bagi la..' . Maka Afiq pun berdoalah, 'Ya Allah bagi lah basikal kat Afiq ni, amin'. Itu la doa dia..
Masuk je kawasan carboot nih, baru je berjalan, mula dia mengingatkan permintaannya yang lepas tu..gitar...aduss..malas betul nak beli gitar kapok, mahal dalam £20-£25. Kami meneruskan pemerhatian dan ternampaklah satu gitar kapok yang kecil, minta isteri tanyakan harga. Harga £5 dan x cukup tali turun jadi £3 je...apa lagi..suka la afiq...bebudak...

Kami berdua meneruskan perjalanan lagi sebab isteri dah jauh kat belakang meneliti barang.
Sampai kat satu car booter tu ternampak la ade basikal, nice colour, kualiti pun baik lagi..tanya harga, £20. Tunggu isteri bargain..dapat la £15 beserta helmet. apa lagi, suka sangat la dia, sampaikan terus je nak main kat carboot tu.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa Afiq ni...dan hidup boring dia selama sebulan lebih ni terubat kembali...