Last Sunday seperti biasa kami dan beberapa family Malaysia telah mengunjungi Carboot Ripley.
Penat juga menjelajah dan tawaf carboot tersebut. Semasa balik ke rumah, kami berkesempatan untuk singgah ke Ripley Icecream.
Sebenarnya kami dah lama tahu akan Ripley Icecream ni tapi tak pernah pulak mencubanya dan ini merupakan kali pertama kami mencubanya.
Dari segi famousnya pula saya dapat pasti dengan jelas sampai ketahap mana kefamousannya samada setaraf dengan Sate Hj. Samuri atau seperti Mc Donalds. tapi yang pasti kami ingin mencubanya.
Berkenaan dengan Rasa icecreamnya pula, bilangan perasanya adalah sedikit samada dua hingga tiga jenis sahaja sekali pengeluaran. Perasa yang ditawarkan pada kali ini adalah perasa cherry dan juga cherry+vanilla.
Dari segi rasa pula, mmm... best jugak. Texturenya amat halus dan lembut...best....
Nak cuba?... sila datang ke Ripley dan boleh mendapat maklumat lanjut di sini...